Aku sangat teruja. Dah lama tak pergi bercuti. Kali ni destinasi kami adalah Perlis, tanah tumpah darahnya En. Faizal kita. 10 pakcik, Nazul, Para, Peje, Haidi, Amin, Nizam, Kecik, Ewan, Amir dan juga aku. Tiada Nine, mungkin dia ada urusan lain. Amin merancang segala perjalanan.
Senario 1 : Petang Jumaat (Wing B Blok 6)
Sedang aku bersiap-siap untuk menutup komputer, bunyi kecoh kedengaran di wing B blok 6. Arrrhh, itu bagaikan bunyi loceng menandakan kita semua harus berkumpul. Aku bergegas ke bilik Para menyangkakan semua telah berkumpul. Eh, bukan semua. Seperti biasa, dua orang Puan Seri kita di aras dua semestinya yang teakhir. Membaca doa adalah rutin biasa buat kami sebelum memulakan perjalanan, dibaca oleh Ustaz Amir.
Ke kereta.
AEG 8629 - Aku, Nazul, Para, Amin dan Nizam
AEM 3138 -Amir, Ewan, Kecik dan Haidi
AEM 3138 -Amir, Ewan, Kecik dan Haidi
Di mana Peje? Semestinya dia menemani buah hatinya bersama RB. Maka dengan itu kami pun memulakan perjalanan.
Senario 2 : Petang Jumaat (Shell Nibong Tebal)
Selepas mengisi minyak, membeli segala bekalan (3 bungkus keropok yang habis dalam masa 20 minit), Peje kata kita akan teruskan perjalanan tanpa henti. Aku berkata kepada Amir, "Kali ni kita konvoi Ok, jangan bawak laju-laju", kerana selalunya kami ibarat Michael Schumacher dan Mika Hakkinen yang membawa Perodua Kancil.
Tetapi belum sempat kami nak tutup pintu kereta, Peje dan kereta RB nya terus memecut meninggalkan kami.
"Sengal punya peje..."
Aku tiada pilihan lain melainkan memecut juga, mungkin tidak selaju Michael Schumacher, ada sikit-sikit laju macam Kimi Raikonen sahaja.
Senario 3 : Petang Jumaat (Sepanjang PLUS)
Sementara Peje memandu RB dengan sengalnya, aku dan Amir meneruskan perlumbaan kami di litar Lebuhraya Utara-Selatan. Tiba-tiba, ada kereta terbakar! Cuak aku dibuatnya takut kereta tu meletup dan akan mengotorkan kereta aku yang kononnya baru basuh. Maka aku pon berusaha ke tepi. Secuak-cuaknya aku, tetapi sebuah kereta RB begitu berani mendekati. Berani mati sungguh... Sungguh sengal pemandu kereta itu. Bunyi siren kedengaran dari belakang.
"Polis dah datang untuk selesaikan kereta terbakar itu"
Itulah sangkaan aku, tapi ia ternyata meleset, encik-encik Polis yang bersiren itu lalu di sebelah kereta terbakar itu tanpa mempedulikan kereta itu. Mungkin ada yang lebih penting daripada kereta terbakar di lebuhraya. Sangat aneh... Mungkin juga cermin mata encik polis terlalu gelap sampai tak nampak kereta. Mungkin, ah, pedulikan. Teruskan perjalanan.
Senario 4 : Jumaat Malam (Tepi jalan di Alor Setar)
Aku tukar driver sebelum keluar Exit Alor Setar (S) dan Nazul mengambil alih.
Di kala bulan mengambang, sedang Nazul ber-drive, tiba-tiba... Nazul memandang aku. Aku memandang Nazul kembali. Adakah ini scene yang sangat romantik? Oh tidak, tayar kereta pecah.
Kereta ke tepi. Semua yang berada dalam AEG keluar dan tengok tayar belakang sebelah kanan. Kempis... Apa lagi, tukar tayar spare. Itulah cadangan kami. RB dan AEM patah balik dan menyertai kami di tepi jalan.
Tayar spare botak! Oh tidak~ Maka kami mengambil keputusan untuk menggunakan tayar spare Amir, tapi tidak ada angin laa pulak. Jadi kami kembali ke pelan asal, menggunakan tayar spare AEG yang botak itu, mungkin ada hikmahnya. Mawi juga botak, tetapi still popular. Harap tayar botak ini dapat bertahan lama, selama Mawi bertahan di industri muzik tanah air...
Selepas menghitamkan tangan masing-masing, kami meneruskan perjalanan. Setibanya di satu kawasan yang tidak dikenal pasti di Perlis, Peje turun daripada RB dan menaiki AEM. Satila pulang ke rumah... (Tamat sudah watak satila dalam perjalanan kami)
Senario 5 : Jumaat Malam (Bilik Peje)
Selepas makan di satu gerai di Perlis yang agak aneh (Teh O Ais RM1.20), terus pulang ke rumah Peje. Agak lewat, kekok jugak aku dibuatnya. Bilik Peje agak sempoi, berada di tingkat atas, ada bilik mandi dan juga beranda. Sangat sempoi.
Selepas dihidangkan pulut dan air, mandi ikut turn, kami masing-masing agak kepenatan. Tetapi, preettttt preettttt... Aduhai. Sembang kami di bilik Peje terus bersambung. Setiap perkataan yang dikeluarkan akan menjadi satu topik yang sangat hangat. Daripada Nizam yang kerap bertanyakan plan kami, ke aku yang ingin menjadi seorang abang, Peje yang posing kaki terangkat, Ierwan tanpa cerminnya, Para dengan kiblat 90darjah nya.. Daripada pukul 12 lebih, sampai ke pukul 2 lebih baru aku dapat tidur.
Walaupun aku suh diorang berhenti kadang-kadang pasal dah tak tahan gelak, tapi saat itu memang bahagia... bersama 9 orang terbaik.
Senario 6 : Pagi Sabtu (Rumah Shakirina)
Pagi kami dikejutkan dengan bunyi cawan pecah. Tapi itu masih lagi membuatkan orang sambung lelap masing-masing sehinggalah sebuah robot R2D2 diimport khas daripada rancangan Star Wars membuat nyanyian karoeke di pagi-pagi buta membuatkan semua orang terjaga.
Selepas sarapan pagi, kami ke The Store, pusat membeli-belah di Kangar. Nizam ingin membeli buah tangan untuk diberikan kepada bakal mentua.
Setibanya di rumah Shakirina, kelu lidah, diam seribu bahasa. Itulah Nizam. Ibarat sebuah radio yang kehabisan bateri. Nizam dengan tiba-tiba menjadi seorang yang sangat sopan, sehinggakan gelak tidak mengeluarkan suara. Manakala kami bersembilan masing-masing cuba mendapatkan point dan score untuk menambat hati pakcik Nazri (abah Shakirina) apabila mendapat tahu Nizam telah kecundang ke tangga tercorot apabila mula menjejak kaki di sana.
Tapi itu tidak menjadi perhatian, makanan yang dihidangkan sangat sedap. Besertakan lasagna, menjadikan ia sangat sempurna. Nizam sangat bertuah. =) Tidak dilupakan, Shida juga telah pun berada di sana menanti kehadiran kami-kami yang sangat VIP.
Senario 7 : Tengah Hari Sabtu (Padang Besar)
Sangat panas. Kaki juga terasa sakit. Kami tiba di padang besar, disertai oleh Shida, Shakirina dan adiknya, Safuan. Safuan bertindak sebagai bodyguard kepada kakaknya kerana muka Nizam tidak boleh dipercayai.
Masing-masing menyerbu Padang Besar, daripada jersey ke jeans. Semua begitu pulun membeli, hanya aku yang keliru. Apa aku nak beli sebenarnya. Cuma sepasang cermin mata hitam menjadi pilihan.
Agak lama juga kami di situ. Kakiku bagaikan dah tak berdaya. Badan pun dah bermandikan sebaldi peluh. Habis perfume yang aku pakai hilang baunya. Tapi melihatkan mereka gembira membuatkan aku juga begitu.
Senario 8 : Petang Sabtu (Gua Kelam)
Kali pertama aku menjejak kaki ke sebuah gua. Sangat menarik. Aku sangkakan kami akan bermandi-manda di situ, semua pakaian mandi telah disediakan sejak pagi tadi. Tapi masa semakin suntuk. Kami hanya sempat menjelajah gua yang kelihatan kelam-kelam.
Senario 9 : Sabtu Malam (Kuala Perlis)
Malam ni sepatutnya makan special. Peje membawa kami ke Kuala Perlis. Peje yang memandu AEM dalam keadaan sangat sengal, membuatkan aku dan Nazul mengalami tekanan jiwa di dalam kereta.
Alhamdulillah, kami sampai juga. Kawasannya sangat lawa, memikat hati. Makanan yang ditempah juga istimewa, semua makanan laut. Tomyam makanan laut, sotong goreng, ikan bakar, kerang bakar. Walaupun aku tak dapat menikmati semua makanan yang dikatakan sedap itu, tapi seperti yang aku katakan tadi, melihat mereka gembira, aku pun gembira.
Sambil itu, Para kelihatan tidak sabar melihat perlawanan bola 'live' di RTM antara Perak dan Selangor. Jadi selepas habis makan, kami terus pulang.
Selepas menonton bola, aku terus pengsan tanpa sedarkan diri...
Senario 10 : Pagi Ahad (Rumah Sakura)
Tiada cawan pecah di pagi ini. Jadi tiada yang terus berjaga selepas subuh. Memandangkan kami akan ke rumah Sakura pada waktu tengah hari, kesempatan diambil sebanyak mungkin untuk mendapatkan tidur yang secukupnya, bajet diriku akan drive. Entah kenapa, badan sangat penat. Makin aku tidur, makin mengantuk jadinya.
Selepas sarapan pagi di rumah Peje, membaca paper yang berbagai jenis, kami bertolak ke rumah Sakura, mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga Peje. Satu hari nanti kalau Peje kahwin, akan kudatang lagi.
Makanan tengah hari disediakan oleh Sakura, Buat-buat susah. Amir melantak 4 pinggan. Aku juga kemusykilan dengan badan sebegitu, ada juga ruang untuk dimuatkan makanan sebanyak 4 pinggan. Shakirina dan adiknya turut berada di situ. Mungkin ingin mengucapkan babai kepada Nizam.
Kami bertolak pulang ke USM jam 2 petang. Satu perjalanan yang sangat mengujakan. Ikhlas dari hati, saya sangat gembira, dan untuk mengingati setiap saat, setiap detik perjalan 3 hari ini, blog ini ditulis. Terima kasih kawan-kawan, pakcik, atas pengalaman yang tidak akan aku lupakan.
3 comments:
kepada abang...
[jep bile ko jd abang...??ko ttp cekodok~..haha~~!!]
thanks sbb bg bibah nyebok dlm percutian kamu sumer..hehe~~..
perjalanan kamu ini telah meninggalkan kenangan dalam diri bibah arini..
thanks to sumer pakciks sebb dpt menghadirkan diri ke rumah bibah yang kecik tuh..lain kali kalo ko ngan pakciks2 yang lain datang ke bumi perlis..boleh la jemput datang ke umah bibah lagik~..
moga2 kita ketemu pada sesi yang akan datang..(^_^)
sekian~~
Terima kasih juga kepada cik sakura selaku penaja makanan tengah hari kami, dan juga peneman kami berjalan-jalan.
terima kasih kerana ikan-ikan goreng yang menjadi makanan rugi nazul dan amir.
ikhlas,
abg jep
ngumpat aku yer
Post a Comment