Saturday, April 26, 2008

Goodbye USM...


It's the end of an era...

Penghargaan pertama, buat semua pakcik-pakcik yang setia bersama daripada tahun pertama lagi. Hidup pasti tak bermakna kalau tiada kamu semua. Terima kasih atas persahabatan, terima kasih atas semua pengajaran, terima kasih hanya kerana berada di sisi... Sedih tinggalkan USM, kerana terpaksa tinggalkan kamu semua. Saya doakan kamu semua berjaya, dan juga, saya akan sentiasa berdoa agar saya tidak akan sesekali melupakan kamu. Minta maaf atas semua karenah saya yang terpaksa dilayan sepanjang empat tahun ni. [sebenarnya banyak saya nak taip untuk mereka, tapi saya sedih...] Kita kawan dunia dan akhirat ye... Walaupun belum lagi meninggalkan USM, tapi saya dah mula rindu masa-masa lalu...


Untuk semua pensyarah-pensyarah dan juruteknik, terima kasih atas ilmu. Untuk semua staf Desasiswa Jaya dan PPKEE, terima kasih atas pertolongan dan bantuan. Untuk semua makcik cleaner, terima kasih kerana sentiasa memastikan tempat menginap kami bersih dan kemas. Untuk pakguard dan makguard, terima kasih kerana memastikan kami selamat, siang dan malam. Untuk kafe-kafe, terima kasih kerana membekalkan makanan buat kami yang sedap-sedap belaka.
Buat semua kawan-kawan EE saya, terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada keluarga saya selama empat tahun di sini. Takkan lupa saat-saat kat dewan kuliah, makmal-makmal, tiru-tiru assignment, ajar mengajar, ranjau meranjau, dan semualah~! Pastikan kita takkan terputus hubungan di sini. Saya minta maaf kalau ada salah dan silap, halalkan makan dan minum saya. Pasti rindu saat-saat ini...
Rumet saya, terima kasih. Halalkan makan minum, banyak dah kamu belanja saya, tolong saya. Sori jugak kerana selalu menyusahkan. Kawan-kawan saya yang lain, tidak lupa terima kasih untuk kamu semua kerana menjadi sebahagian daripada cerita saya di dunia ini.

Saya doakan semua berjaya.

Selamat tinggal USM...

p.s. Saya cuba elakkan untuk terima kasih kepada individu, cuba elak terlupa letak nama semua. =) Saya start kerja next week... Doakan saya juga ye...

2 comments:

Anonymous said...

Yo Jaffrey,

All the best for your career! Take care my friend. :)

Yee Han

Jaffrey said...

Thanks Yee Han~

Same goes to you!

Post a Comment