Monday, October 27, 2008

Kahwin kahwin kahwin

Semua orang pun bercakap pasal kahwin...


Why rushing? Saya sendiri pun tak paham. Kerja memberikan impak yang besar jugak rupanya.


"Bila nak kahwin?"


Arh, stress mendengar soalan tu. Kenapa perlu kahwin sekarang? Baru je 23... Tapi satu keluarga dah bertanya? Excited semacam. Masa kakak saya kahwin, sempat juga mereka bermesyuarat plan untuk majlis perkahwinan saya... Cincin pun sudah ada~ Sigh... Mungkin ini akibatnya lahir sebagai lelaki pertama dalam keluarga ayah saya yang juga pertama dalam keluarga. Macam kerabat diraja pulak, putera makhota kena kahwin cepat2. Owh, mungkin saya perlu buat majlis tari menari menantikan Cinderella muncul bersama kereta pumpkin. Arh, moden sikit, mungkin tak naik kereta pumpkin, naik kereta BMW mungkin. Wah, kaya betul cik si pari-pari memberikan Cinderella BMW... [apa saya merepek ni...?]


Tipulah kalau saya kata saya tak pernah terpikir pun nak kahwin, tapi saya rasa saya perlu sedikit masa. Banyak benda yang saya perlu fikirkan... Kalau lah saya ada girlfriend sekali pun, saya tak ada laa nak kenalkan kepada seluruh dunia unless saya sendiri dah yakin yang si dia lah pilihan saya. cewah~




I was wrong, I shouldn't wait giving you up... impossible love. ;-)

Saturday, October 25, 2008

Datuk Nicol Ann David...
bagus-bagus, she deserved it, maybe someday patut dia jadi Tan Sri :)

Datuk Sheila Majid :)
Ok jugak, lately she's been the ambassador for IJN for quite some time.

Tapi... Datuk Shah Rukh Khan...??


aRH, kenapa macam susah nak diterima akal ni? Ape jasa dia kepada negara? Kepada rakyat Malaysia? Ooowh, mungkin dia telah menghiburkan penonton-penonton TV? Tapi kenapa tak bagi Rosham Nor ke... Heh? Konpius sekejap...



Lepas ni saya tak terkejot laa kalau ada Datuk Britney Spears...



Atau mungkin Tan Sri Michael Jacson... wah...

Maybe the government should review on this Datukship matter. Macam kelakar je jadinya... Saya nak jadi Datuk pun dah jadi segan. Haha~

Saturday, October 11, 2008

Nilai sebuah perkataan


Tahu tak perkataan apa paling mahal kat dunia ni?
"Sorry...."
Dulu perkataan tu tak pernah wujud dalam kamus hidup saya. Sama ada diungkapkan sendiri perkataan tu, atau menerimanya daripada orang lain, tak pernah pun dibuat secara ikhlas. Mungkin ada jugak disebut masa "Maaf zahir batin" dalam kad-kad raya, tapi sangatlah berbeza perasaan itu.


Tapi mujur ada seseorang yang mengajar saya erti kemaafan itu. Perkataan 'maaf' itu mula menjadi satu tabiat, dengan lebih ikhlas I would say... Dia kata, tak pernah rugi apa pun kalau kita yang mintak maaf. Memang betul, dan sejak itu, saya mula mengenal erti 'kalah' ataupun 'mengalah'... Even kadang-kadang saya rasa saya betul, tapi tetap rasa saya perlu minta maaf.

Tapi lama-lama, bila 'maaf' itu menjadi rutin biasa, nilai perkataan tu macam dah tak ada. Saya pun macam dah penat nak mengalah dah. Selalu jugak tanya kat diri sendiri, kenapa mesti saya yang mengalah bila obviously saya betul? Bukan nak rasa ego, kalau saya rasa saya salah, saya mintak maaf lah, tapi bila dah orang lain buat salah, kenapa perlu saya?

Memang tak rugi apa bila meminta maaf... Tapi tak rugi kah perkataan itu bila nilai perkataan tu bagaikan tiada bagi sesetengah orang?

Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin.

Saturday, October 4, 2008

Aidilfitri in Singapore

As usual, I went to Singapore for Aidilfitri, spent 3 night there this year.
What was so special this year's Aidilfitri was that we had Kak Anna and Abg Ayie joining us for the first time in 2 years, and what else, we had AMIRUL as well! Hip hip hurray!
Geylang has been the loyal welcomer for us every raya, a place where we can shop till 5 in the morning for baju raya, or if we already had one, then maybe you can shop for baju raya next year, or maybe 2 years ahead...? Oh well, who cares? But this was a bit dissapointing, not much were offered. Baru ingat nak shopping baju raya untuk raya ke-2 tapi tak jumpa idaman hati. Kecewa [sikit lega jugak jugak tak lah keluar duit... lupa nak bitau, this year is the first one after keje, so kene spend sendiri laaa... no longer ada Mak Bapak Finance MBF]
As Kak Anna & Abg Ayie only had 1 day raya with us [Kak Sabiqiah - Abg Ayie's sister is getting enggaged on the 2nd raya], we had to rush and complete all the houses of Baba's siblings, 7 of then in 1 day. Amazingly we completed it earlier, at 12 midnight. Selalunya pukul 3 - 4 pagi baru habis raya... Huhu... Ajaib.
Since dah habis raya on the first day, 2nd day was filled with shopping time. Pegi Orchard road, tak sangka pulak semua macam murah-murah. Sangatlah teruja ke sana dan ke sini membeli baju. Oh, Zali was so lucky being the last one in the family untuk lahir... Dia dapat PSP. Sangatlah jeles walaupun minat bermain game dah tak ada. Murah laa Singapore, next time mahu bawak extra money untuk shopping, sori yerr adik-adik and anak-anak sedare, maybe next time takleh naik lagi duit raya, nak shopping lah... haha.
Raya ke3... dah balik. Penat...
Raya ke4, which is today... morning got the chance to go raya with some schoolmates, Mas, Sidah and Siti. Semua pon sembang nak kahwin, isk isk... Then i went to Bota, singgah raya rumah Nizam before heading to Nazul's house. Heheh. Gembira... =)
Anyway, Selamat Hari Raya Aidilfitri to everyone, doesn't matter who you are, what race are you. Maaf Zahir Batin... Sorry for any misbehaved or whatever which hurts anyone of you. Aidilfitri is all about forgiveness.

Saturday, September 20, 2008

Ramadhan




Many misunderstood that Ramadhan is all about fasting, abstaining self from food and drinks at day time, but actuall Ramadhan is more than that. It's the month for the Muslims to re-evaluate themselves on their lives.


During Ramadhan, every part of the body should be retrained. The toungue must be restrained from backbiting, or gossip~ The eyes must be restrained from unlawful or things that are not nice or allowed to be seen =), well understood. The hand must be restrained from touching or taking anything that does not belong to it. The feet also must be restrained from going to sinful places. In this case, every part of the body is actually fasting.


The Muslims believe that in this holy month, the devils are locked in hell, and every sinful actions done during this month comes from the humans themselves and that is why, Ramadhan is the perfect month to practice from doing such things.


Aha, one other thing. In Ramadhan, we as Muslims should pay our 'Zakat' which will goes to those who needed them. =) I've paid mine for the first time, anda bila lagi? Cewah.


So, happy Ramadhan to every one of you. May this month will be the best one out of all, Insyallah =)

Wednesday, September 17, 2008

16 September 2008

Oh tidak, saya bukan nak cerita pasal Anwar Ibrahim yang kononnya nak jadi Perdana Menteri pada hari ini, yang kenyataannya tidak~
Tapi 16 September adalah hari jadi saya.
Hari jadi bukanlah hari raya. Hari jadi boleh dikatakan "your day", ataupun "my day". Pada hari "my day" inilah kita tahu siapa sebenarnye yang mengingati hari-hari sebegini.
Jadi terima kasih kepada kawan-kawan yang mengingati saya pada hari ini. Yang sempat wish, call tengah-tengah malam walau saya mamai dan pagi-pagi tak ingat siapa yang call =p soreee... yang hantar sms, emails, testimonials on friendster, yang bagi hadiah.
Dan yang bermakna sekali adalah terima kasih buat semua kakak-kakak dan adik saya yang menemani saya pada hari yang bermakna :-p It's a perfect way to celebrate "my day"
Tak lupa untuk pakcik-pakcik yang ada kat Selangor yang menemani saya celebrate birthday saya lebih awal last weekend di Putrajaya, seharian suntuk.
Seronok bila kita tahu ada yang mengingati, sedih bila sedar ada yang lupa... dan juga serba salah bila ada yang ingat tapi kita yang lupa.
Selamat hari jadi ke-23 jaffrey =)

Saturday, September 13, 2008

USM BERJAYA DIPILIH SERTAI PROGRAM APEX



USM berjaya dipilih sertai program ApexPUTRAJAYA: Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini berjaya dipilih untuk menyertai Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan atau Apex dengan mengetepikan tiga lagi universiti, termasuk Universiti Malaya (UM).
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pemilihan USM adalah berdasarkan kepada pelan tranformasi dan kesediaannya untuk berubah seperti yang terkandung dalam kertas cadangannya, memenuhi kriteria pemilihan yang diperlukan.
“Pemilihan bagi program Apex tidak hanya melihat kepada pencapaian dan kecemerlangan lepas tetapi lebih kepada perancangan masa depan serta sama ada universiti itu dapat mencapai status bertaraf dunia dalam tempoh yang diberikan iaitu lima tahun,” katanya semasa mengumumkan pemilihan USM di sini hari ini. Katanya, dalam tempoh itu, USM mesti berada di antara 100 universiti terbaik dunia dan berada di dalam senarai 50 universiti terbaik dunia pada 2020. “Kita lihat dulu bagaimana kejayaan USM selepas itu barulah keputusan dibuat sama ada akan terdapat satu lagi universiti dipilih untuk program Apex,” katanya.
Ditanya mengapa UM sebagai universiti tertua negara tidak terpilih, Mohamed Khaled berkata: “Pemilihan USM tidak bermaksud universiti lain akan dipinggirkan sebaliknya diharapkan ia akan menjadi perangsang kepada universiti yang tidak terpilih untuk terus berusaha mencapai status yang lebih baik dan bertaraf dunia.” Sebanyak sembilan universiti seluruh negara telah menghantar permohonan dan hanya empat universiti iaitu USM, UM, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) disenarai pendek. Kertas cadangan USM bertemakan “Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow”.
Universiti Apex ialah pengiktirafan yang diberikan kepada IPT tempatan yang menjadi penanda aras di peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi dan dijanjikan autonomi daripada segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, kepemimpinan tertinggi dan penetapan yuran pengajian. — Bernama[dipetik dari versi online Berita Harian - 3 September 2008]

Monday, August 25, 2008

Saya

Hari ni pakcik amir sms saya, kata dia tengah makan cekodok sorang-sorang.
Waah, rindunya makan cekodok di hari-hari petang bersama.
Kenapa saya suka pakciks...
Kerana baik buruk, cacat cela atau sempurna, saya tetap 'saya' di mata mereka...

Sunday, August 17, 2008

Graduation Day


15th of August is the day I'd been looking forward to since the day I left campus.
Besides receiving the scroll after 4 years of study, meeting with friends, buddies and pakciks are a very worthwile moments even it lasted only for couple of minutes, since everything pon agak kelam-kabut since the beginning.
Seronok sangat...
Thanks for the presents, flowers jugak kepada yang memberi, mama, baba, kak anna, shafiqah, sara, kilau etc. Thanks =)
Now, an official farewell to USM, a farewell to all the good memories. Pasti rindu...
p.s. sikit kecewa tak sempat jumpa para...

Sunday, August 3, 2008

My Precious

Last time, my ex-roommate selalu cakap


"Lagu ni ingatkan aku kat hang, lagu ni pulak selalu ingatkan aku kat si polan-polan"


See, I have this one box that I kept all my things, maybe semua pun not that valuable, but they remind of the important people and moments. Macam raya or birthday I received since past 8 years, bila baca balik macam seronok balik, that I actually had these friends who actually care to write me a card. Then ada surat-surat cintan, kad-kad top-up untuk mengingatkan saya yang banyak telah dibelanja kepada telefon, slip-slip peperiksaan.



Like my ex-roommate, saya ada jugak lagu-lagu yang mengingatkan saya kepada kawan-kawan saya. Macam lately, lagu Yovie & Nuno, yang Nazul on 24 jam masa hari terakhir kat USM, Mimpi Tak Sudah untuk Nine, lagu-lagu jiwang Sofaz yang Ewan suka, lagu Barney and friends mewakili Reef, Bunga Citra Lestari kat Anis, Peterpan yang Amir suka etc.



Sama jugak dengan hadiah-hadiah yang saya terima jugak, I kept them in the box of precious as well. Takde laa nak dipamerkan dalam almari ke apa-apa, cuma saya tak nak mereka berhabuk, or terletak merata-rata sampai hilang.


Jadi, the main point is that, sometimes kalau kamu terjumpa kotak kismis yang kosong, or tin air yang saya simpan dalam bilik saya, janganlah salah paham dan buang, kerana behind these 'trash' that some of you would say, adalah harta yang ternilai harganya buat saya.



My precious...