Monday, April 11, 2011

Movies Review 2011. Part 1.


Korang mesti ingat saya dah pindah ke Jabatan Tulis Blog Negara (JTBN) kan? Dah ada 4 post untuk bulan ni, padahal baru 11 hari bulan. Sebenarnye bukan saya tak ada kerja lain, serious, kerja saya banyak gila, tapi saya tulis ni bila kelapangan. Tolong jangan bagitau bos saya ye. Kalau dia tau, habis lah. Dah la bahasa macam budak darjah 2. Mau saya dihantar ke kursus bahasa untuk 2 tahun berturut-turut macam ni... (mohon simpati, mata besar sambil berair-air)

Sebenarnye, saya nak citer pasal movie-movie yang yang saya tengok sejak 3 bulan yang lepas. Lama pulak tak citer pasal hiburan.

Hikayat Merong Mahawangsa
First sekali pasal movie yang semua banggakan, Hikayat Merong Mahawangsa, terbitan KRU. Kalau korang nak tau, movie ni dapat tajaan daripada Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTI) pasal ada teknologi baru yang digunakan. Of course, korang tengok citer ni pon dah tau graphic dia lawa, satu permulaan yang kire bagus jugaklah untuk movie Malaysia. Tapi ada benda yang lacking untuk saya score 5 bintang kat movie ni. Bahasa dan jalan cerita. Korang tengok tak citer Puteri Gunung Ledang? Saya rasa cerita tu sangat superb, dilihatkan dari segi lenggok bahasa dan jalan cerita, memang kajian atau research yang dibuat tak boleh kita nafikan. Mungkin grafik tak selawa Merong Mahawangsa, tapi at least PGL lebih convincing. Banyak yang saya tak paham, tapi yang paling pening sekali macam mana Merong jatuh dari menara dan semua orang mati? Confuse. Tapi memandangkan grafik dia sangat awesome, saya bagi markah
2.5/5.

Khurafat
Orang kata kalau citer anak Yusof Haslam ni, mesti dia berlakon macho semacam. Tapi untuk movie ni saya rasa tak. Lakonan Sabrina Ali sangat convincing even ni first time saya tengok dia dalam movie. Walaupun cerita ni sangat menjimatkan elektrik pasal semua lampu dalam scene dia off (mungkin dia shoot time Earth Hour), tapi dapat menimbulkan elemen-elemen terkejut macam dalam citer-citer Thailand atau Korea. Ending cerita ni sangat brilliant and very very unexpected. Must see.
4/5.

The King's Speech
Ok, ni cerita yang bolot Oscar. Jadi terpaksa la saya tengok. Untuk korang yang tak minat sejarah, tak payah bazirkan RM12 untuk beli tiket, better bagi saya satu burger McD. Tapi untuk saya, cerita ni agak 'fresh', cerita pasal Raja George, raja England, bapa kepada Queen Elizabeth II yang ada sekarang ni. Kalau korang nak tau, Raja George ni gagap orangnya. So ini cerita macam mana dia harungi hidup dia sebagai seorang Raja yang gagap, tapi dengan bantuan seorang commoner, yang kononnye seorang doktor dan akhirnya membantu Raja George ni tadi. Macam saya cakap earlier, untuk orang yang minat sejarah je kot. Takde aksi, takde klimaks.
3/5.

The Man From Nowhere
Ok. Tadi menang oscar, citer ni pulak menang Best Asian Movie. Citer Korea. Lebih mirip kepada citer Hollywood. Kisah pasal seorang bekas Ejen rahsia Kerajaan dengan seorang budak kecik, macam mana budak kecik yang jugak jiran ejen lelaki ni diculik dan terlibat dalam sindiket pengedaran dadah. Memang banyak aksi, main perasaan dan emosi. Ewah. Kire berdebar-debar jugak la masa tengok. Untuk gadis-gadis yang suka Korea nye citer cintan, malangnya ni bukan taste anda semua. Hehe.
3.5/5

Sekian untuk kali ini.


2 comments:

REEFapfy said...

banyak masa nampak.
boleh la beli burger mcd satu.

Jaffrey said...

sila baca lagi sekali.
saya sangat busy.

Post a Comment