Monday, October 11, 2010

Orang Asli.


Okay, hari ini adalah hari berbahasa Malaysia. Bahasa Malaysia ye semua, bukan lagi Bahasa Melayu.

Minggu lepas saya pergi perkampungan orang asli kat Royal Belum. Sebenarnye ni semua last minute call, tapi tak apa la, 1st time nak masuk Kg Orang Asli, usually lalu kat sebelah gitu-gitu je kat Tapah, tak pernah masuk. Nak ke sana dari Ipoh ambek masa around 2.5 hingga 3 jam jugak lah. Then kena naik bot lagi 1 jam. Sampai ke seberang Royal Belum tu, kena naik 4 wheel drive lagi dalam setengah jam hingga 40 minit pasal jalan dia bukan tar, jalan merah je.

Tempat ni memang typical kampung orang asli. Rumah-rumah diorang macam nipah hut lagi, susah nak jumpa rumah batu. Elektrik pon tak ada, guna generator je, tapi apa yang meng'gempak'kan adalah ada antara mereka yang ada astro. Rumah sewa saya pun tak ada astro ye, harap maklum... (Terbayang-bayang orang asli tengok ESPN ke, E! dengan MTV... owh). Line telefon pon tak ada lagi, tapi banyak remaja kat sana dah ada handphone, tatau apa motif...

Kebanyakkan orang asli adalah berkulit hitam-hitam manis dan berambut kerinting. Tapi sekarang ada jugak yang berambut lurus, tak pasti kat dalam kampung tu ada perkhidmatan merebonding rambut ke tak, setahu saya tak. Err..

Ok, tapi apa pun, kalau ada kelapangan, datang lah melawat. Kat sini tak ada One Utama ke, Jusco ke, Bowling Plaza ke... Pasal kat sini isu 'kebendaan' ataupun materialistic tu tak wujud. Semua atas apa yang sedia ada, kalau tak ada, tak apa. Tak ada apa-apa yang hendak ditunjuk-tunjuk. Jadi, saya anggap itu sebagai satu kehidupan yang masih suci, suci dari segala kebendaan dan kekayaan, yang sebenarnye punca segala kejahatan. Ewah, tibe-tibe pulak keluar perkataan tu. Tak apa, macam sedap...

Sekian.

3 comments:

fatinliyana said...

hahahha.
"likes"<-- pengaruh fb. utk entry kali nih.
hehe

emashinchan said...

bile YB turun padang melawat kg org asli...ape rancgn mase depan YB?

Jaffrey said...

fatin: terima kasih puan. hehe.

ema: dah turun last week ye. rancangan masa depan saya adalah untuk berkahwin dan mempunyai keluarga. sekian.

Post a Comment