Wednesday, October 13, 2010

Membaca.


Korang tau tak bulan Oktober adalah bulan bahasa kebangsaan? Jadi saya meneruskan usaha saya untuk berbahasa Malaysia.

Untuk makluman semua, sesiapa yang betul-betul kenal saya, saya adalah orang yang suka membaca. Cewah. Dan minta maaf, memang hidup saya agak membosankan dan tak fun. Sekian.

Hari tu saya pergi Amcorp Mall kat KL tu. Bukan Kuala Langat ye, tapi Kuala Lumpur. Ada satu kedai buku ni. Apa yang lain daripada lain adalah, buku-buku kat kedai ni sangat murah gila. Bayangkan buku Twilight yang korang suka dan teruja wow kebam keboom tu cuma boleh dapat bawah RM20 je setiap set. Bukan tu je, dah la murah, buku dia pon berkulit tebal. Ah, excited terlebih pulak. Yer, bagi saya yang boring ni, masuk kedai buku adalah ibarat saya masuk kedai game saga ketika berumur 8 tahun. Harap semua maklum.

Cuma kebanyakkan buku kat sana are not that well known macam kedai-kedai buku lain, but it's very worth it. Eh, terenglish pulak. Tetapi ianya sangatlah berbaloi-baloi. Siapa yang suka membaca, cuba la melawat kedai tu, siapa yang tak suke, cube la suke.

Ok.

4 comments:

REEFapfy said...

boleh encik bagi map ke amcorp mall di kuala lumpur itu? maaflah, saya kurang arif dengan kota besar macam kuala lumpur.

Jaffrey said...

alamak, tatau la tempatnya.
cuba check kat google map.
hehe.

REEFapfy said...

tak membantu la encik nih.
sekian.

Jaffrey said...

blog ini bukan ruang pertanyaan arah jalan ye cik rif...

Post a Comment