Friday, February 29, 2008
Goodbye Spice Girls
Tuesday, February 26, 2008
the last one
TRANSKRIAN, Selasa - The Pakciks akan melancarkan album mereka yang terakhir pada bulan ini, sebuah kompilasi lagu-lagu terbaik mereka, antaranya Malam Yang Cerah, Lagumu Untukku, Itu Saya dan macam-macam lagi.
Monday, February 25, 2008
a future to decide
Saturday, February 23, 2008
alone
Friday, February 22, 2008
back to reality
1. Steady or intermittent pain in a joint. (yes)
2. Stiffness after periods of inactivity, such as sleeping or sitting. (yes, sometimes)
3. Swelling or tenderness in 1 or more joints. (yes...)
4. Crunching feeling or sound of bone rubbing on bone (called crepitus) when the joint is used. (yes)
"Oh my..."
Kechik, Para and me after our interview sessions
For the last three days, there is a career expo being done over here in the Engineering Campus of USM, and the final year students especially joining to seek jobs. Career talk, interview and test... I went for two interviews, and one of them, I spend almost 1 1/2 hours only to that interviewer. It was a record breaking. Haha~ Punggung pun dah menggeletar as I get bored, I sang happily in my head while waiting for the interviewer to finish the session. I just couldn't cocentrate any longer. It was a good experience tho...
It is hard to believe that I am actually entering a working life, with a career hopefully soon... =)) Tapi sapa laa sudi ambil saya bekerja...
p.s. Ierwan turned 23 yesterday, thanks for the cake! Sangat sedap...
Wednesday, February 20, 2008
believing what is not
"Sangat romantik..."
I think it is supposed to be a romantic comedy, but sometimes I was confused with some scenes which I really don't know when to laugh and when to cry? It was a mixture feeling where you have to laugh, but at the same time you have to cry as well. Isn't it a bit weird?
However, I still feel that it is a really good movie. The lead role played by Jeon Ji-Hyeon really 'touched' me. Plus, with her beauty just blow me away~
=> 4 stars out of 5
p.s. My favourite movies are still Taegukgi (Brotherhood of War) and Brokedown Palace. Watch them...
Sunday, February 17, 2008
Pakciks : A Perak Tour
Destinasi kami pada kami ini ialah negeri asal usulku, Nazul, Para, Kecik & Amir; Perak Darul Ridzuan. Pada asalnya, saya bercadang untuk membawa mereka menjelajah ke seluruh Perak Utara, tetapi terpaksa dipendekkan masa kerana ada tanggungjawab lain di USM. Tempat cadangan kami adalah
AEG : Jep, Nazul, Para, Amin & Uncle Prett (Kecik)
AEM : Amir, Ewan, Nine, Haidi, Peje
Seperti biasa, saya menasihat Amir supaya tidak memandu laju. Lihat betapa berhemahnya saya, ditambahkan lagi dengan rasa ambil berat terhadap kawan-kawan [pret pret...]
Kami melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan mengambil jalan keluar di Simpang Pulai, 30 minit daripada Lata Kinjang. Tetapi, kami terpaksa singgah di Pekan Kampar, kerana Amir terlupa membawa tuala. Dalam perjalanan mencari tuala, kami terserempak dengan beberapa orang yang agak aneh, berpakaian aneh, bedak seluruh muka, rambut yang agak serabut, sambil jalan tanpa tujuan di jalan raya.
Nazul : Tu ketua daerah kat sini. [pret pret]
Begitu bertanggungjawab rupanya ketua daerah di situ, sanggup berjalan mengelilingi pekan untuk mengambil tahu kebajikan penduduk di situ, sambil penuh bedak di muka. Betapa bertuahnya Nazul...
Kami tiba di Lata Kinjang tepat jam 10.20 pagi, air terjun yang begitu tinggi, memerlukan seluruh daya keringat bagi mendaki ke tempat tertinggi. Ini merupakan kali ke-2 saya dan nine ke sini, kerana kami pernah menyertai baktisiswa di kawasan tempatan pada tahun 2006. Aktiviti utama kami adalah mandi, bakar ayam dan makan. Walaupun beberapa sosej derhaka hangus dibakar dek Chef Kecik a.k.a. Chef Pret Pret dan Chef Nine, perut yang lapar menjadikan apa-apa sahaja sedap-sedap belaka.
Amir mengalami trauma dan fobia setelah terjatuh beberapa kali, ditambah pula ayam panas terjatuh di kaki amir menyebabkan beberapa urat bulu kaki hangus. Peje pula yang melindungi ayam-ayam kami daripada dimakan kucing, mengambil keputusan membaling kucing tersebut ke seberang air terjun, sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. [adik-adik di rumah dinasihati tidak mengikut jejak abg Faizal... pret pret].
Selepas proses kemas-mengemas, kami bertolak ke destinasi kami seterusnya ke Gua Tempurung. Kami melalui beberapa penempatan orang asli sepanjang perjalanan. Sangat menarik.
Kecik : Hati-hati weh, nanti tiba-tiba kita kene sumpit pasal bukak tingkap, pret pret...
Kadang-kadang fantasi Kecik begitu tinggi hingga susah nak tercapai akalku. Huhu.
Mujur AEM yang mempunyai minyak di paras 'E' ketika itu sempat tiba di sebuah stesen minyak. Kami tiba di Gua Tempurung jam 4 petang. Pada asalnya, ada beberapa antara kami yang tidak mahu memasuki gua kerana dijangkakan terpaksa meredah air, merangkak di bawah batu hidup. Tetapi akhirnya kami mengambil keputusan untuk mengikuti lawatan ke dalam Gua melalui jalan yang paling mudah sekali, RM5 bagi setiap orang dewasa.
Kami telah diminta tukar kumpulan pada asalnya, kerana kumpulan pertama mempunyai pengunjung yang agak ramai, jadi kami terpaksa keluar semula daripada gua dan menanti kumpulan ke-2.
Kecik : Camni, di tulis situ 45 minit, tapi kita masuk 4 minit je. Mana boley macam ni....
Para: Mana boley, mana boley!
Amin: Dah dah, jangan pret pret...
Kami diiringi oleh seorang Renjer, Abg Pretpret (mungkin sedare Kecik?). Sepanjang perjalanan, kami diberikan taklimat oleh abang tersebut, walaupun hampir kesemuanya agak merapu, jauh daripada fakta.
Abg Pretpret : (menunjukkan sebuah ukiran di dalam gua) This one is father, and baby. And mother, accident...
Abg Pretpret : (sambil menunjukkan jari kepada sebuah stalagtit yang sangat besar) This one very big, but down there empty, no leg, the leg has been cut off, because it has diabetes, too much sugar.
Abg Pretpret : When you're looking on top, don't open you mouth. There are many bats, and the bat's sh*t drop down and go into your mouth.
Tak disangka, laluan yang termudah mengandui 280 anak tangga... Kaki saya yang telah pun sembuh daripada sakit, kembali sakit...
Dalam perjalanan ke destinasi seterusnya, kami mengubah rancangan, daripada ke Gunung Lang, kami bertukar haluan ke Kellie's Castle. Walaupun tanpa sebarang aktiviti di sana selain melihat-lihat dan mengambil gambar, keadaan di sana menjadi sangat menarik. Permandangan sekeliling juga menarik, dengan struktur bangunan yang serba klasik dan lama. Puas menjadi model, bergaya di setiap sudut, sememangkan persinggahan di Kellie's Castle adalah bukan kesilapan.
Para mengatakan bahawa perhentian binaan Kellie's Castle adalah disebabkan pekerja-pekerja binaan di sana mengalami sakit misteri, yang membawa kepada pembinaan kuil. Fakta ini agak kurang logik, jadi saya membantahnya. Tetapi membacakan sejarahnya di sana, ternyata ia adalah benar, menjadikan saya seorang anak Perak yang pret pret. Cis, mungkin saya boleh dikecualikan kerana saya menetap di Sabah selama 4 tahun, berbanding Para yang menghabiskan masa hayatnya di bumi Perak. [pret pret]
Selepas Kellie's Castle, kami membawa haluan ke Bota, bukan nak singgah rumah Nizam memandangkan Nizam tiada bersama kami, tetapi untuk merasa lagenda sate Bota yang dikatakan sedap itu.
Selepas memenuhkan perut kami dengan karbon yang begitu banyak, kami mengambil keputusan pulang. Mengambil laluan Parit ke Kuala Kangsar, jalannya agak gelap dan merbahaya, perjalanan menjadi agak perlahan, ditambahkan lagi dengan kepenatan yang agak melampau. Tetapi persinggahan kami di RnR Bukit Gantang, perancangan kami berubah sekali lagi dengan terbangkitkan usul bahawa kami akan semakin sibuk pada masa-masa akan datang dan tidak akan ada peluang lagi untuk mengadakan lawatan sebigini lagi, kami mengambil keputusan untuk ke Zoo Taiping untuk merasai Night Safari.
Kami tiba di Zoo Taiping jam 10 lebih malam. Derita kaki saya bertambah dengan keputusan tidak mengambil keretapi walaupun, saya merasakan ia sesuatu yang baik untuk berjalan kaki kerana dapat menikmati suasana malam di Zoo dan mengamati haiwan-haiwan liar itu dengan lebih dekat lagi. Pengalaman di Zoo Taiping sememangkan tidak akan dilupakan, dengan haiwan-haiwan yang tidak pernah disaksikan oleh mata ini, ditambah dengan bunyi-bunyi rimba yang kadang-kala agak mencuakkan.
Jam 12.40, mengakhiri perjalanan kami di Zoo Taiping. Persinggahan di sebuah kedai mamak di Taiping merupakan yang terakhir bagi ekspedisi kami di Perak.
Walaupun kepenatan dengan perjalanan 18 jam tanpa henti ini [8 pagi - 2 pagi], tetapi ia sememangnya antara yang terbaik pernah saya lalui. Mungkin ini yang terakhir bersama pakcik-pakcik, mungkin juga tidak, semua di tangan takdir dan jodoh yang telah pun ditetapkan olehNya. Tetapi yang pasti, semua kenangan pasti tersimpan indah, di dalam hati, yang bakal mengundang senyuman dan kerinduan, satu hari nanti...
p.s. mulai sekarang, boleh gelar kecik sebagai Meet Uncle Pretpret
minta maaf kepada sesiapa yang kurang faham, mungkin yang melaluinya sahaja.
Thursday, February 14, 2008
hopeless addiction
I received some oranges, with apples too from Yee Hwa after Chinese New Year. It feels good, i mean, great! To have some recognitions from your friends, knowing that some people really take you into their thoughts, terharu sangat...~
Tuesday, February 12, 2008
Where the treasures have gone to...
Now it was as clean as a new computer! No more pictures that I have been collecting for the last 5 years, plus all my notes since my first year here in USM, videos of my friends, movies, hundreds and hundreds of mp3, video clips! Oh my...
Trying so hard to get into reality, but I am sooo incredibly MAD that I couldn't think straight. All my treasures are gone!
Para is trying to make some recoveries... But I'm not expecting too much from it, at least he tries...
I am so incredibly super duperly, MAD!
Monday, February 11, 2008
Abandoning Window Vista
Thursday, February 7, 2008
remembering you...
Tuesday, February 5, 2008
kita
live on...
Sunday, February 3, 2008
Diari 10 orang pakcik di bumi Perlis
AEM 3138 -Amir, Ewan, Kecik dan Haidi
Copyright 2011 deep within..