Saturday, May 23, 2009

Dia ke dia?

Semalam Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Dr.Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Ini bermakna pertukaran MB dilakukan buat kali ke-3 untuk penggal ini.

Tapi, kalau pun keputusan mahkamah semalam berlawanan, iaitu jika Nizar diisytiharkan sebagai Menteri Besar, kedudukan beliau takkan lah kekal lama kerana hampir pasti undi tidak percaya akan dibuang di persidangan Dewan Undangan Negeri yang seterusnya. Walaupun jika Zambry dan 6 exco nya digantung, takkan nak gantung sampai habis satu penggal? Ini akan merugikan rakyat itu sendiri apabila wakil rakyat tidak dapat menghadiri sessi dewan, suara mereka akan hilang.

Nizar dan Pakatan Rakyat pasti akan melobi supaya DUN dibubarkan untuk membenarkan pilihanraya diadakan sekali lagi, dan biarkan rakyat membuat keputusan sendiri, tapi ia bagaikan mustahil untuk dipersetujui oleh Kerajaan negeri sedia ada sekarang.

Bila nak difikirkan kembali, siapa yang menjadi punca konflik politik negeri Perak? Siapa yang asalnya melompat parti? Bukankah mereka datang dari Pakatan Rakyat sendiri yang selalu mengatakan diri mereka bersih? Jika bersih, apa jawapan mereka untuk 3 ADUN mereka yang melompat parti? Bukankah mereka pilihan Pakatan Rakyat itu sendiri pada asalnya? Dan jika pada 16 September 2008 ketika Anwar Ibrahim mengatakan ramai Ahli Parlimen bakal melompat parti kepada pembangkang dan Kerajaan Pusat bertukar, adakah beliau akan membubarkan Parlimen untuk pilihanraya diadakan sekali lagi? Tentu tidak...

Saya tak adalah nak berpihak kepada sesiapa. Tapi, tolonglah berhenti politik'ing'. Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Saya meluatlah nak dengar berita tiap-tiap hari pukul 8.00 malam dengar pasal politik je. Saya nak cerita lain...

0 comments:

Post a Comment