Saturday, September 20, 2008

Ramadhan




Many misunderstood that Ramadhan is all about fasting, abstaining self from food and drinks at day time, but actuall Ramadhan is more than that. It's the month for the Muslims to re-evaluate themselves on their lives.


During Ramadhan, every part of the body should be retrained. The toungue must be restrained from backbiting, or gossip~ The eyes must be restrained from unlawful or things that are not nice or allowed to be seen =), well understood. The hand must be restrained from touching or taking anything that does not belong to it. The feet also must be restrained from going to sinful places. In this case, every part of the body is actually fasting.


The Muslims believe that in this holy month, the devils are locked in hell, and every sinful actions done during this month comes from the humans themselves and that is why, Ramadhan is the perfect month to practice from doing such things.


Aha, one other thing. In Ramadhan, we as Muslims should pay our 'Zakat' which will goes to those who needed them. =) I've paid mine for the first time, anda bila lagi? Cewah.


So, happy Ramadhan to every one of you. May this month will be the best one out of all, Insyallah =)

Wednesday, September 17, 2008

16 September 2008

Oh tidak, saya bukan nak cerita pasal Anwar Ibrahim yang kononnya nak jadi Perdana Menteri pada hari ini, yang kenyataannya tidak~
Tapi 16 September adalah hari jadi saya.
Hari jadi bukanlah hari raya. Hari jadi boleh dikatakan "your day", ataupun "my day". Pada hari "my day" inilah kita tahu siapa sebenarnye yang mengingati hari-hari sebegini.
Jadi terima kasih kepada kawan-kawan yang mengingati saya pada hari ini. Yang sempat wish, call tengah-tengah malam walau saya mamai dan pagi-pagi tak ingat siapa yang call =p soreee... yang hantar sms, emails, testimonials on friendster, yang bagi hadiah.
Dan yang bermakna sekali adalah terima kasih buat semua kakak-kakak dan adik saya yang menemani saya pada hari yang bermakna :-p It's a perfect way to celebrate "my day"
Tak lupa untuk pakcik-pakcik yang ada kat Selangor yang menemani saya celebrate birthday saya lebih awal last weekend di Putrajaya, seharian suntuk.
Seronok bila kita tahu ada yang mengingati, sedih bila sedar ada yang lupa... dan juga serba salah bila ada yang ingat tapi kita yang lupa.
Selamat hari jadi ke-23 jaffrey =)

Saturday, September 13, 2008

USM BERJAYA DIPILIH SERTAI PROGRAM APEX



USM berjaya dipilih sertai program ApexPUTRAJAYA: Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini berjaya dipilih untuk menyertai Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan atau Apex dengan mengetepikan tiga lagi universiti, termasuk Universiti Malaya (UM).
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pemilihan USM adalah berdasarkan kepada pelan tranformasi dan kesediaannya untuk berubah seperti yang terkandung dalam kertas cadangannya, memenuhi kriteria pemilihan yang diperlukan.
“Pemilihan bagi program Apex tidak hanya melihat kepada pencapaian dan kecemerlangan lepas tetapi lebih kepada perancangan masa depan serta sama ada universiti itu dapat mencapai status bertaraf dunia dalam tempoh yang diberikan iaitu lima tahun,” katanya semasa mengumumkan pemilihan USM di sini hari ini. Katanya, dalam tempoh itu, USM mesti berada di antara 100 universiti terbaik dunia dan berada di dalam senarai 50 universiti terbaik dunia pada 2020. “Kita lihat dulu bagaimana kejayaan USM selepas itu barulah keputusan dibuat sama ada akan terdapat satu lagi universiti dipilih untuk program Apex,” katanya.
Ditanya mengapa UM sebagai universiti tertua negara tidak terpilih, Mohamed Khaled berkata: “Pemilihan USM tidak bermaksud universiti lain akan dipinggirkan sebaliknya diharapkan ia akan menjadi perangsang kepada universiti yang tidak terpilih untuk terus berusaha mencapai status yang lebih baik dan bertaraf dunia.” Sebanyak sembilan universiti seluruh negara telah menghantar permohonan dan hanya empat universiti iaitu USM, UM, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) disenarai pendek. Kertas cadangan USM bertemakan “Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow”.
Universiti Apex ialah pengiktirafan yang diberikan kepada IPT tempatan yang menjadi penanda aras di peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi dan dijanjikan autonomi daripada segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, kepemimpinan tertinggi dan penetapan yuran pengajian. — Bernama[dipetik dari versi online Berita Harian - 3 September 2008]