Tengok tak 27 dresses yang Katherine Heigl berlakon tu? Yang dia dok jadi pengapit sampai ke sudah... Tapi takde laa ke sudah, in the end dia kawen jugak. Saya takde laa sampai 27 kali jadi pengapit, tapi 6 kali pun dah cukup banyak ler. Kebanyakkan orang mesti pikir renyah gila nak kena jadi pengapit, kene pegang payung la, kene lap pengantin la, kene pakai baju melayu satu sut la, pastu orang pressure tanya bila ko pulak nak kawen kan... anyhow, semua tu betul jugak. But then, it is still a proud moment bila kawan ko pilih ko jadi bestman dia on his special day kan. Means, you're someone kan.
Walaupun 6 kali jadi pengapit takde la banyak, tapi saja la nak share kan tips-tips untuk jadi pengapits yang berjaya, profesional dan awesome:-
1. Hensem macam mana pun ko, masa kenduri, ko tak boleh lagi hensem dari pengantin. Kalau boleh masa ada bergambar tu ko pose la gaya tak hensem, terjelir lidah keluar ke, rambut serabaikan.. Hehe. Tak boleh blah letak ni sebagai tips nombor 1 kan...
2. Bawak tisu or handkerchief dalam baju melayu blah atas. Biasanya poket atas ni ko letak sekali henpon pengantin tu, pasal biasanya memang banyak orang call dia time tu.
3. Masa kenduri, make sure ko dah ada girlpren. Kalau ko takde girlpren, make sure pengapit pompuan tu single jugak.
4. Oh ye, kalau kawan ko ambek pakej kat ko, maknanye ko jadi pengapit masa nikah ngan sanding skali... masa nikah make sure ko bawak sarung angpow extra mana tau pengantin lupa bawak untuk bagi tok kadi ngan saksi. Ni tanggungjawab wajib untuk pengapit ingatkan pengantin masa nikah.
5. Cakap pasal nikah, ko jangan lupa study soalan-soalan lazim tok kadi biasa tanya, mana tau pengantin tak dapat jawab, ko bleh jadi hero tolong jawabkan. Nanti mesti pengapit pompuan tgk ko dengan bangga, "wow, hebat pengapit laki ni, harap-harap dia single".
6. Masa tengah sanding, laki biasanya dok sebelah kanan. Bila ko dah ada belah kanan, pegang kipas guna tangan kanan jugak. Kalau guna tangan kiri nampak macam terlalu bersahaja. Masa kipas tu jugak, make sure sync dengan pengapit pompuan kipas.
7. Masa lap pengantin, jangan lap macam guna tuala baru lepas mandi. Touch up touch up je jangan rosak mekap. Hehe.
8. Masa dok makan tu, potongkan laa ayam untuk pengantin, takut baju pengantin kotor lak kalau dia yang potong sendiri. Kalau pengantin ko tu makan udang, nasib ko laa nak kopek udang pulak kan. Kalau durian lak atas meja pengantin, hambek kau...
9. Bukan je ada tisu, barang-barang lain yang mungkin boleh ada dalam poket pengapit adalah pin, moisturizer, perfume (yang takde alkohol pasal biasanya pengantin akan sembahyang sunat lepas nikah).
10. Kalau boleh, pengapit datang awal, pastu pengapit balik lambat. Nampak komitmen ko kat kenduri tu sebagai orang penting.Mana tau tiba-tiba mak pengantin nak kenalkan kat anak pompuan dia pulak kan...
11. Kalau ko dibayar lebih daripada biasa, ko tolong la plan kan bachelor party untuk pengantin. Hehe... Pergi laa genting ke, pantai ke... bukan strip club ye. bukan...
12. Kalau pengantin tu pagi-pagi dia kena pergi tempat mak andam untuk pakai baju ngan sampin, kalau sempat pegi ikut sekali pasal biasanya pengapit memang kena tolong pegang tempat-tempat yang sepatutnya mak andam tu pegang. Haha.
Huh. Kalau elaborate lagi ni boleh buat buku kot.
Jadi sesapa yang berminat untuk ambik kursus pengapit, boleh laa contact kat email. kat blog ni pun boleh. Hehe.
Kepada semua pengantin yang dah ambik perkhidmatan saya, tengkiu laa ye. Hehe. Sorry kalau ada salah dan kurang.
Dah kepada pengapit-pengapit saya, tengkiu jugak sudi jadi pengapit dan melayan kerenah saya. :-)