Monday, August 22, 2011

Localization.

Dulu masa saya kerja kat kilang Toshiba, kitorang ada buat projek 'Localization' yang mana semua raw material yang dibeli dari Jepun cuba ditukarkan kepada raw material dari dalam negara. Dengan cara ni dapat jimatkan belanja dan jugak masa.

Jadi, sempena bulan kemerdekaan kita yang ke-54 tahun ni, saya nak buat projek untuk diri sendiri, Localization! Kita selalu puji orang-orang negara lain yang patriotik la, bangga dengan barang negara sendiri, pencapaian rakyat dan macam-macam. Tapi kalau setakat puji bagai nak rak, no point kalau kita tak cuba contohi. Jadi mulai tahun ni, saya nak cuba tukar barang-barang kegunaan saya kepada barang buatan Malaysia. Maybe takde la totally, but at least there is something kan? Target saya, 30% daripada barang-barang kegunaan saya mestilah barang Malaysia, dalam 1 tahun ni.


Jadi sebagai permulaan, hari ni saya tukar brand ubat gigi saya.
Saya beli buatan Malaysia ye.

Maybe korang akan cakap barang Malaysia tak berkualiti. Tapi kalau orang sendiri pun tak support, siapa lagi. Bila korang buat bisnes nanti, siapa korang harapkan melainkan orang sendiri? If korang kata barang Malaysia adalah cap ayam, maka anda juga adalah bangsa cap ayam. Sekian.

Selamat berjaya Encik Jaffrey!

5 comments:

Julia said...

I'm so proud of yoouuuu!!
Muahaha

Nak try jugak lah.
Tetiba teringat iklan kasut Gombak. Hehe

Jaffrey said...

Apa kaitan kasut gombak? Tak pernah tau pon... Jom2!

Anonymous said...

Tak penah tengok iklan 'kasut gombak'?

OMG!!!

Jaffrey said...

OMG jugak!
(tergolek jatuh kerusi)

Jaffrey said...

OMG jugak!
(tergolek jatuh kerusi)

Post a Comment