Monday, October 27, 2008

Kahwin kahwin kahwin

Semua orang pun bercakap pasal kahwin...


Why rushing? Saya sendiri pun tak paham. Kerja memberikan impak yang besar jugak rupanya.


"Bila nak kahwin?"


Arh, stress mendengar soalan tu. Kenapa perlu kahwin sekarang? Baru je 23... Tapi satu keluarga dah bertanya? Excited semacam. Masa kakak saya kahwin, sempat juga mereka bermesyuarat plan untuk majlis perkahwinan saya... Cincin pun sudah ada~ Sigh... Mungkin ini akibatnya lahir sebagai lelaki pertama dalam keluarga ayah saya yang juga pertama dalam keluarga. Macam kerabat diraja pulak, putera makhota kena kahwin cepat2. Owh, mungkin saya perlu buat majlis tari menari menantikan Cinderella muncul bersama kereta pumpkin. Arh, moden sikit, mungkin tak naik kereta pumpkin, naik kereta BMW mungkin. Wah, kaya betul cik si pari-pari memberikan Cinderella BMW... [apa saya merepek ni...?]


Tipulah kalau saya kata saya tak pernah terpikir pun nak kahwin, tapi saya rasa saya perlu sedikit masa. Banyak benda yang saya perlu fikirkan... Kalau lah saya ada girlfriend sekali pun, saya tak ada laa nak kenalkan kepada seluruh dunia unless saya sendiri dah yakin yang si dia lah pilihan saya. cewah~




I was wrong, I shouldn't wait giving you up... impossible love. ;-)

Saturday, October 25, 2008

Datuk Nicol Ann David...
bagus-bagus, she deserved it, maybe someday patut dia jadi Tan Sri :)

Datuk Sheila Majid :)
Ok jugak, lately she's been the ambassador for IJN for quite some time.

Tapi... Datuk Shah Rukh Khan...??


aRH, kenapa macam susah nak diterima akal ni? Ape jasa dia kepada negara? Kepada rakyat Malaysia? Ooowh, mungkin dia telah menghiburkan penonton-penonton TV? Tapi kenapa tak bagi Rosham Nor ke... Heh? Konpius sekejap...



Lepas ni saya tak terkejot laa kalau ada Datuk Britney Spears...



Atau mungkin Tan Sri Michael Jacson... wah...

Maybe the government should review on this Datukship matter. Macam kelakar je jadinya... Saya nak jadi Datuk pun dah jadi segan. Haha~

Saturday, October 11, 2008

Nilai sebuah perkataan


Tahu tak perkataan apa paling mahal kat dunia ni?
"Sorry...."
Dulu perkataan tu tak pernah wujud dalam kamus hidup saya. Sama ada diungkapkan sendiri perkataan tu, atau menerimanya daripada orang lain, tak pernah pun dibuat secara ikhlas. Mungkin ada jugak disebut masa "Maaf zahir batin" dalam kad-kad raya, tapi sangatlah berbeza perasaan itu.


Tapi mujur ada seseorang yang mengajar saya erti kemaafan itu. Perkataan 'maaf' itu mula menjadi satu tabiat, dengan lebih ikhlas I would say... Dia kata, tak pernah rugi apa pun kalau kita yang mintak maaf. Memang betul, dan sejak itu, saya mula mengenal erti 'kalah' ataupun 'mengalah'... Even kadang-kadang saya rasa saya betul, tapi tetap rasa saya perlu minta maaf.

Tapi lama-lama, bila 'maaf' itu menjadi rutin biasa, nilai perkataan tu macam dah tak ada. Saya pun macam dah penat nak mengalah dah. Selalu jugak tanya kat diri sendiri, kenapa mesti saya yang mengalah bila obviously saya betul? Bukan nak rasa ego, kalau saya rasa saya salah, saya mintak maaf lah, tapi bila dah orang lain buat salah, kenapa perlu saya?

Memang tak rugi apa bila meminta maaf... Tapi tak rugi kah perkataan itu bila nilai perkataan tu bagaikan tiada bagi sesetengah orang?

Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin.

Saturday, October 4, 2008

Aidilfitri in Singapore

As usual, I went to Singapore for Aidilfitri, spent 3 night there this year.
What was so special this year's Aidilfitri was that we had Kak Anna and Abg Ayie joining us for the first time in 2 years, and what else, we had AMIRUL as well! Hip hip hurray!
Geylang has been the loyal welcomer for us every raya, a place where we can shop till 5 in the morning for baju raya, or if we already had one, then maybe you can shop for baju raya next year, or maybe 2 years ahead...? Oh well, who cares? But this was a bit dissapointing, not much were offered. Baru ingat nak shopping baju raya untuk raya ke-2 tapi tak jumpa idaman hati. Kecewa [sikit lega jugak jugak tak lah keluar duit... lupa nak bitau, this year is the first one after keje, so kene spend sendiri laaa... no longer ada Mak Bapak Finance MBF]
As Kak Anna & Abg Ayie only had 1 day raya with us [Kak Sabiqiah - Abg Ayie's sister is getting enggaged on the 2nd raya], we had to rush and complete all the houses of Baba's siblings, 7 of then in 1 day. Amazingly we completed it earlier, at 12 midnight. Selalunya pukul 3 - 4 pagi baru habis raya... Huhu... Ajaib.
Since dah habis raya on the first day, 2nd day was filled with shopping time. Pegi Orchard road, tak sangka pulak semua macam murah-murah. Sangatlah teruja ke sana dan ke sini membeli baju. Oh, Zali was so lucky being the last one in the family untuk lahir... Dia dapat PSP. Sangatlah jeles walaupun minat bermain game dah tak ada. Murah laa Singapore, next time mahu bawak extra money untuk shopping, sori yerr adik-adik and anak-anak sedare, maybe next time takleh naik lagi duit raya, nak shopping lah... haha.
Raya ke3... dah balik. Penat...
Raya ke4, which is today... morning got the chance to go raya with some schoolmates, Mas, Sidah and Siti. Semua pon sembang nak kahwin, isk isk... Then i went to Bota, singgah raya rumah Nizam before heading to Nazul's house. Heheh. Gembira... =)
Anyway, Selamat Hari Raya Aidilfitri to everyone, doesn't matter who you are, what race are you. Maaf Zahir Batin... Sorry for any misbehaved or whatever which hurts anyone of you. Aidilfitri is all about forgiveness.